gambar kontent 14

Menjalani bahtera perkahwinan tidak semudah dan seindah abc sampai z , keseluruhannya berubah seperti Tanggungjawab sebagai seorang suami atau seorang isteri selepas berkahwin.

Kebanyakan Bakal pengantin dieorg just fikir untuk mendapatkan perkahwinan yang megah dan sempurna ala ala retis gitu tanpa memikirkan kebelansungan kehidupan selepas mendirikan rumahtangga. Atas faktor tersebut, pasangan mula berbalah dan tidak bersefahaman dalam menyelesaikan isu rumahtangga, jalan singkat yang diambil adalah dengan menjatuhkan “talak”. Merdeka kah perkahwinan mereka?

 

Didalam ni admin nak memberi beberapa cadangan untuk mengekalkan ikatan suami isteri yang bahagia.

 

PERTAMA- BERTOLAK ANSUR

Rahsia yang paling tepat bagi mewujudkan keharmonian rumahtangga adalah bertolak ansur. Bukan dari segi paras rupa yang perlu di utamakan dalam memilih pasangan tapi sikap bertolak ansur dan faham memahami itu lebih penting. Peranan diantara kedua-dua suami dan isteri yang penting bagi mewujudkan keluarga bahagia. Ataupun Buat undang2 dalam rumahtangga. bila suami marah, isteri kene senyap ataupun disebaliknya. undang2 ni nak mengelakkan drp bergaduh. Sebab takda orang gaduh sorang2 😛

 

KEDUA- KESEIMBANGAN KEHIDUPAN/KERJA

Seimbangkan hidup dengan sempurna. boleh berdisplin, kerja super duper rajin, sembang gelak2 dengan officemates. kat rumah pun kene la berdisplin ,rajin gelak2 nakal dgn isteri/suami. Jadi, serba sedikit dapat mencetuskan suasana yang harmoni dan tidak kekok.

 

KETIGA- ROMANTIK LAH SIKIT BANG

Cari peluang untuk bertindak romantik terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang, baby, manja, mucuk banyak kali pun takpa, buat sebelum disuruh, sentuhan lembut, puji lah sikit isteri tu bang dan bagi lah hadiah.

 

SELAMAT MENCUBA SEMUA PENGANTIN BARU DAN PENGANTIN LAMA.

 

admin Gebu- Muez not as usual.